Posts

Detik berkenalan dengan shaklee

Image
Bismillah ... Assalam semua. Kali ni saya nak share titik mula hidup saya dengan shaklee. Sejarah saya dengan Shaklee bermula bila doktor Sariah, doktor panel kami sekeluarga warning saya bila tengok result blood screening saya sangat tak bagus. Tak sangka kolesterol saya sangat tinggi masa tu melebihi tahap normal. Average sepatutnya 4 tapi saya punya result 6.1 Tinggi kan? Doktor Sariah dan dan tu suruh start medication dan bekalkan saya stock atorvastatin juga akan monitor reading saya setiap bulan. Masa tu rasa macam down sangat2, sebab saya dh lama dan bertahun2 amalkan makan madu, jamu, minyak zaiton setiap hari. Cas bagus kejap dan rasa badan ni sihat sepenuhnya lah. So, saya macam tak boleh terima result camni. Apa lagi balik rumah terus google cari maklumat punca & rawatan untuk kolesterol tinggi. Bermacam2 page saya baca untuk dapat info menu dan amalan gaya hidup terbaik untuk mengawal dan mengatasi masalah terbaru saya ni. Next entry saya share info2

Jodoh pertemuan itu rahsia Allah

Image
Tanggal 3 Feb 2017, jam 4 ptg kak liza, angah kesayanganku selamat dinikahkan dengan jejaka idaman hati, merangkap ustaz ku zaman persekolahan. Airmata kesyukuran mengalir jua akhirnya di sudut mata angah saat ijab usai dilafaz, tapi cepat-cepat diseka dek keriuhan teman-teman meraikan saat yang sangat moment ini. Aku juga turut sebak sekejap mengenangkan alangkah bahagianya kalau arwah mak dapat sama-sama menyaksikan detik-detik bahagia ini. Mak, anak kesayangan mak sekarang ni dah jadi milik orang kembali mak. Terpancar riak senyum bahagia di wajah nya mak. Tentu mak pun akan senyum gembira kalau mak hadir di sini. Ternyata Allah lebih sayangkan mak. Alfatihah untuk mak. Inilah dia wajah-wajah bahagia angah saat sebelum dan selepas lafaz ijabkabul. Tahniah and selamat pengantin baru angah ku sayang @ kak liza. Semoga sinar kebahagiaan sentiasa melingkari bahtera kalian berdua till jannah. U deserved to be happy sis. Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma Wajama
Image
Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Tak pernah terfikir selama ni akan menyahut dan menerima cabaran seorang sahabat untuk mencuba aktiviti baru hari ini iaitu, blogging. Selama ni memang selalu dok baca blog orang lain especially resepi- resepi terkini buat panduan di dapur. Tapi bila nak mula menulis di blog sendiri, aduhai tak semudah yang disangka. Berpeluh2 perah otak ni. So sebagai permulaan, hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya menghadiri majlis meraikan anak yatim, asnaf dan pelajar- pelajar maahad tahfiz sempena program tanggungjawab sosial korporat atau CSR sebuah syarikat di KLIA. Majlis ini diadakan di salah sebuah hotel ternama di KLIA. Majlis ini meraikan lebih kurang 400 hadirin dan dimeriahkan dengan persembahan daripada naib johan Qari junior 2016 dan persembahan wakil setiap anak yatim, asnaf dan pelajar maahad tahfiz. Insaf terus bila tengok muka-muka suci anak yatim membuat persembahan qasidah dan nyanyian. Lagi kagum bila dengar hafizah y