Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Tak pernah terfikir selama ni akan menyahut dan menerima cabaran seorang sahabat untuk mencuba aktiviti baru hari ini iaitu, blogging.

Selama ni memang selalu dok baca blog orang lain especially resepi- resepi terkini buat panduan di dapur. Tapi bila nak mula menulis di blog sendiri, aduhai tak semudah yang disangka. Berpeluh2 perah otak ni.

So sebagai permulaan, hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya menghadiri majlis meraikan anak yatim, asnaf dan pelajar- pelajar maahad tahfiz sempena program tanggungjawab sosial korporat atau CSR sebuah syarikat di KLIA. Majlis ini diadakan di salah sebuah hotel ternama di KLIA.

Majlis ini meraikan lebih kurang 400 hadirin dan dimeriahkan dengan persembahan daripada naib johan Qari junior 2016 dan persembahan wakil setiap anak yatim, asnaf dan pelajar maahad tahfiz.



Insaf terus bila tengok muka-muka suci anak yatim membuat persembahan qasidah dan nyanyian. Lagi kagum bila dengar hafizah yang membacakan ayat-ayat quran hafalan. Subhanallah, terdetik dalam hati aku yang dah tak berapa nak muda ni, tak hafal2 lagi quran. Malunya....



Kadang-kadang kita rasa susah, rasa sempit, tapi bila tengok anak-anak ini rupanya ada orang yang lebih susah daripada kita. Walau pun serba kekurangan, tanpa mak ayah disisi, tapi tetap senyum bila disapa, mesra bila diajak berbicara seolah-olah tiada masalah. Ikhlas sungguh air muka bila berbual.




Ya Allah, tak tau nak gambarkan perasaan ketika melihat telatah mereka membuat persembahan, sangat tertib sewaktu makan dan sewaktu solat. Rasa malu dengan diri sendiri, rasa banyaknya buat dosa dan rasa betapa tak bersyukurnya diri selama ni.

Kehadiran artis undangan, UNIC sangat menghiburkan. Masing2 seronok mengalunkan lagu2 islamik moden serta alunan zikir dan selawat. Lagu kun anta pun ada. Satu dewan nyanyi sama-sama. Bos-bos pun tak ketinggalan nyanyi sekali. Sporting la bos...

So, ilmu baru yang nak dikongsi hari ini ialah syukur. Apa sahaja yang kita ada hari ini, sekarang ini adalah yang terbaik untuk kita. Kita patut perbanyakkan lagi bersyukur kepada Allah sebab ramai lagi orang di luar sana tak dapat apa yang kita ada sekarang.

Kena usaha untuk luangkan waktu mendekati anak yatim dan fakir miskin yang ada di kawasan sekitar kita, moga menjadi asbab untuk kita bertambah bersyukur dan bertambah iman.   Lagi banyak kita bersyukur, Allah janji akan bagi lebih banyak lagi rezeki-Nya untuk kita. Kita kena yakin yang tu. Wassalam

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Detik berkenalan dengan shaklee

Jodoh pertemuan itu rahsia Allah