Jodoh pertemuan itu rahsia Allah

Tanggal 3 Feb 2017, jam 4 ptg kak liza, angah kesayanganku selamat dinikahkan dengan jejaka idaman hati, merangkap ustaz ku zaman persekolahan.

Airmata kesyukuran mengalir jua akhirnya di sudut mata angah saat ijab usai dilafaz, tapi cepat-cepat diseka dek keriuhan teman-teman meraikan saat yang sangat moment ini.

Aku juga turut sebak sekejap mengenangkan alangkah bahagianya kalau arwah mak dapat sama-sama menyaksikan detik-detik bahagia ini.

Mak, anak kesayangan mak sekarang ni dah jadi milik orang kembali mak. Terpancar riak senyum bahagia di wajah nya mak. Tentu mak pun akan senyum gembira kalau mak hadir di sini.
Ternyata Allah lebih sayangkan mak. Alfatihah untuk mak.

Inilah dia wajah-wajah bahagia angah saat sebelum dan selepas lafaz ijabkabul.




Tahniah and selamat pengantin baru angah ku sayang @ kak liza. Semoga sinar kebahagiaan sentiasa melingkari bahtera kalian berdua till jannah.

U deserved to be happy sis.
Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma
Wajama'a bainakuma fi khair
Amin

Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Detik berkenalan dengan shaklee